Skip to main content

Zimbabwe Belajar Amalan Terbaik ICT

Zimbabwe akan menghantar pasukan teknikal ke Malaysia tidak lama lagi untuk belajar mengenai amalan terbaik dalam teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), kata Timbalan Perdana Menterinya, Arthur G Mutambara.

Beliau berkata, pasukan teknikal itu akan tinggal di negara ini selama sebulan untuk memahami model perniagaan ICT dan impaknya kepada pertumbuhan ekonomi.

“Kami mahu mereka kembali ke tanah air dan mendokumenkan rancangan untuk melaksanakan ICT bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi,” katanya kepada BERNAMA selepas melawat MIMOS Bhd.

Source: Berita Harian

Read more…

Leave a Reply