Silterra Malaysia Sdn Bhd (Silterra) syarikat pembuat wafer semikonduktor milik Khazanah Nasional, mengunjurkan pertumbuhan di antara tujuh dan 10 peratus tahun ini menerusi usaha samanya dengan MIMOS Bhd (MIMOS) semalam.
Silterra menjalin usaha sama pintar dengan MIMOS bagi menghasilkan wafer Litar Pengurusan Bersepadu (PowerMOS) untuk pasaran global.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Kamarulzaman Mohamed Zin berkata sasaran itu selari dengan unjuran kadar pertumbuhan industri.