Source : Utusan Malaysia
Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman MoU dengan tiga syarikat swasta untuk melaksanakan projek-projek penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Naib Canselornya, Leftenan Jeneral Datuk Allatif Mohd Noor memberitahu tiga syarikat yang terlibat dalam MoU itu adalah MIMOS Berhad, Secure Technology Innovations Sdn Bhd (STI) dan Skyview Communication and Technologies Sdn Bhd (SCT).