Source : Harian Metro
TELEKOM Malaysia Berhad (TM) dan MIMOS Berhad (Mimos) menandatangani perjanjian usaha sama dalam melaksanakan aktiviti kajian dan pembangunan (R&D), pengkomersialan dan pemindahan teknologi selama tiga tahun.
Kerjasama ini membolehkan TM dan Mimos membangunkan R&D teknologi berpotensi pengkomputeran grid, semantic, akses tanpa wayar dan Protocol Internet Versi 6 (IPv6).