Source: Dewan Ekonomi
Pertubuhan Penyelidikan Gunaan oleh MIMOS Berhad (MIMOS) mengunjurkan bahawa pasaran teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bagi teknologi web Semantik disasarkan bernilai AS$283 bilion (RM990.5 bilion) bagi tempoh 2006 hingga 2015. Penguasaan pasaran teknologi Semantik dilaporkan berkembang kepada AS$52 bilion (RM182 bilion) pada tahun 2010 dengan pasaran Asia menguasai sehingga AS$12.6 bilion (RM44.1 bilion). Pasaran teknologi web semantik bernilai AS$2bilion (RM7 bilion) pada peringkat awal pengaplikasiannya.