Source : Utusan Malaysia
Syarikat-syarikat tempatan tidak perlu lagi bergantung kepada teknologi asing yang jauh lebih mahal, sebaliknya boleh memilih teknologi yang dibangunkan oleh anak tempatan dengan harga yang lebih munasabah.
Pengerusi MIMOS Berhad (MIMOS) Dato’ Suriah Abdul Rahman berkata, teknologi yang dibangunkan oleh anak-anak tempatan adalah berkualiti dan lebih baik berbanding teknologi asing.