Source: Utusan Malaysia
Pusat Kecemerlangan Nanoteknologi MIMOS memainkan peranan utama dalam penyelidikan gunaan nanoteknologi yang dijangka menyumbang kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) khususnya pertanian, kesihatan dan pendidikan.
Sesuai dengan statusnya sebagai salah sebuah daripada lima agensi yang dianugerahkan status Pusat Kecemerlangan (CoE) di bawah Program Nano Malaysia oleh Direktorat Nanoteknologi MIMOS memainkan peranan utama dalam penyelidikan gunaan dalam teknologi terkehadapan.
Pusat kecemerlangan nanoteknologi itu memfokuskan kepada bidang yang dijangka menyumbang kepada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKEA) khususnya pertanian, kesihatan dan pendidikan.