Source : Berita Harian
Location : Kuala Kubu Bharu
Pelajar Orang Asli di Sekolah Kebangsaan Tun Abdul Razak di sini, mendapat perhatian Technology Park Malaysia Corporation Sdn Bhd (TPM), sebuah agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) apabila menerima sumbangan sepuluh unit komputer.
Komputer itu yang dibekalkan dengan aplikasi Intelligent Service Delivery Platform (iSDP) yang dipatenkan MIMOS adalah perisian berasaskan web yang mesra pengguna dan mudah digunakan.