PUTRAJAYA (The Borneo Post): Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani membangunkan satu platform jejak dan kesan ‘Mi-Trace’ yang dapat memastikan ketulenan durian sejuk beku keluaran negara ke pasaran China.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sistem itu yang akan dilaksanakan sepenuhnya mulai Jun tahun ini boleh membendung kegiatan pemalsuan produk durian sejuk beku oleh pihak tidak bertanggungjawab.