Skip to main content

Silterra Sasar Naik 10 Peratus

Silterra (M) Sdn Bhd (Silterra), peneraju fabrikasi wafer milik Khazanah Nasional Bhd, menyasarkan pertumbuhan antara tujuh hingga 10 peratus tahun ini menerusi kerjasama strategik yang dijalinkan dengan Mimos Bhd (MIMOS) untuk menghasilkan wafer Litar Bersepadu Pengurusan Kuasa (PowerMOS) bagi pasaran globalnya.

Ketua Eksekutifnya, Dr Kamarulzaman Mohamed Zin, berkata sasaran berkenaan adalah selari dengan ramalan kadar pertumbuhan industri yang bernilai AS$300 bilion (RM912) bilion setahun.

Katanya menerusi kerjasama berkenaan Silterra akan menyediakan sokongan teknikal bagi pemindahan teknologi kepada MIMOS bagi mengeluarkan wafer PowerMOS untuk Silterra bermula tahun ini.

Leave a Reply