Source : Utusan Malaysia
Location : Shah Alam
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu program perintis yang melibatkan graduan Universiti Teknologi Mara UiTM dan pengusaha tempatan diperluaskan di seluruh negara bagi melahirkan lebih ramai usahawan bumi putera tulen.
Perdana Menteri berkata langkah itu mampu melahirkan lebih ramai usahawan tulen dan ia juga penting bagi menyelaras dan menyusun masyarakat di negara ini.