Kuala Lumpur (Utusan Online) – BEBERAPA bidang industri utama di negara ini akan mengalami transformasi dengan suntikan produk berteknologi tinggi yang dibangunkan agensi tempatan.
Satu daripada teknologi tersebut ialah penderiaan atau sensor yang kini semakin penting, yang mencakupi dan merentas sempadan pelbagai industri dan teknologi termasuklah nanoteknologi.