Source: Utusan Malaysia
HUSIN hanya mampu tersenyum melihat pokok pokok cilinya berbuah lebat menunggu masa dipetik. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa hari ini jika dibandingkan dengan apa yang dilaluinya dulu ibarat kais pagi, makan pagi, kais petang, makan petang. Pendapatan bulanannya juga mencecah empat angka.
Apa yang diraih Husin sebenarnya adalah sebahagian daripada program yang dilaksanakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. MOSTI menerusi projek Penanaman Cili Merah Fertigasi dan Misai Kucing Organik di Kampung Orang Asli Sungai Layau, Kota Tinggi, Johor.
Menariknya penduduk yang terlibat dalam projek ini bukan sahaja menjual hasil pertama tanaman cili kepada peraih dengan harga RM5 sekilogram malah mampu menjana pendapatan tambahan sehingga RM3,300 sebulan.