Skip to main content

MIMOS Tubuh Institut ICT di Kemboja

KUALA LUMPUR 15 April MIMOS Bhd. (MIMOS) dan Pihak Berkuasa Pembangunan Teknologi Komunikasi Maklumat Kemboja (NIDA) telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) untuk menubuhkan Institut Penyelidikan dan Pembangunan ICT (CIRDI) di Kemboja.

Di bawah MoA itu, MIMOS akan membantu NIDA menubuhkan CIRDI dengan bantuan projek bukti keberkesanan konsep dan memberi latihan dan bimbingan untuk membangunkan agenda penyelidikan dan pembangunan untuk CIRDI, kata Mimos dalam satu kenyataan hari ini.

Leave a Reply