Syarikat inovasi teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kerajaan, MIMOS Berhad (MIMOS) hari ini menandatangani satu memorandum persefahaman MoU bersama 13 syarikat dan universiti bagi berkongsi perkhidmatan analisis kegagalan dan ujian wafer.
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Jonity Ongkili berkata menerusi perjanjian itu semua syarikat dan universiti terbabit akan menggunakan kepakaran teknologi dan penyelesaian daripada MIMOS.
Katanya ia sekali gus dapat mengurangkan kebergantungan syarikat tempatan terhadap negara luar dalam menjalankan analisis dan ujian melibatkan sektor elektrikal dan elektronik.
Source: Utusan Malaysia