Pusat penyelidikan dan pembangunan negara dalam teknologi maklumat dan komunikasi, MIMOS dan syarikat akuakultur Blue Archipelago Bhd memeterai memorandum persefahaman (MoU) untuk bekerjasama dalam bidang penyelesaian akuakultur.
Menerusi kenyataan semalam, Blue Archipelago, iaitu syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd menggunakan teknologi Mimos untuk meningkat kecekapan pengeluaran syarikat dengan mengautomasi proses utama pertanian akua.