Source : Harian Metro
MIMOS Berhad menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan pembekal penyelesaian teknologi maklumat (IT) dari India, Mindteck (India) Limited bagi memperluaskan pasaran Sistem Pengurusan Pengetahuan Enterpris (eKMS) yang dibangunkannya.
eKMS adalah teknologi pertama yang dibangunkan MIMOS diambil syarikat India mempunyai kerangka yang berupaya digunakan dalam industri seperti tenaga, semikonduktor, perbankan dan insurans.