Syarikat pengeluar panel elektronik (wafer), Silterra Malaysia Sdn Bhd (Silterra) dan MIMOS Bhd (MIMOS) buat pertama kalinya akan mengeluarkan Litar Kawalan Tenaga Bersepadu (PowerMOS), secara besar-besaran.
Usaha itu diambil kerana permintaan terhadap produk berkenaan di pasaran asing semakin meningkat, kata Ketua Pegawai Eksekutif Silterra, Dr Kamarulzaman Mohamed Zin.
Silterra dan MIMOS yang sebelum ini telahpun bekerjasama, akan mengeluarkan 2,000 hingga 3,000 keping panel elektronik PowerMOS sebulan untuk dipasarkan ke luar negara.