MIMOS Bhd pusat penyelidikan perdana bagi pembangunan teknologi negara terus mengukuhkan cabang perkhidmatannya apabila dipilih sebagai pusat kecemerlangan bagi bidang teknologi nano di bawah Program NanoMalaysia.
Pemilihan itu akan membolehkannya menyumbang kepada Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) menerusi sektor pertanian, kesihatan, pendidikan dan komunikasi.
Pengarah Penyelidikan Sistem Mekanikal Elektro Mikro (MEMS), Sistem Nano Elektromekanikal (NEMS) dan Nanoelektronik MIMOS, Saat Shukri Embong, berkata pusat kecemerlangan itu pada kedudukan kukuh untuk menjadi pemangkin utama pengkomersialan serta pembangunan teknologi nano di Malaysia.
Source: Berita Harian