Source : Mingguan Malaysia
Location : Pulau Pinang
Orang Melayu Pulau Pinang harus berani menonjolkan diri sekali gus menjadi perintis kepada kejayaan modal insan sebagaimana yang diperlukan untuk 50 tahun akan datang.
Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, kejayaan sesebuah negara terletak kepada kewibawaan dan pakej lengkap seseorang itu bagi membawa negara ke arah satu matlamat yang dirancang oleh kerajaan.