Source : Utusan Malaysia
Sebagai makanan ruji penduduk rantau Asia, perkataan padi memang banyak digunakan dalam pantun dan perumpamaan orang Melayu. Sejak berzaman, tanaman padi mengalami pelbagai perubahan dari segi kaedah penanaman sehingga kepada kandungan nutrisi. Jika dulu padi ditanam sekali setahun menggunakan kuku kambing tetapi kini dengan kemajuan mekanisasi, padi ditanam berbaris menggunakan row seeder.