PUTRAJAYA, 21 November 2023 – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengalu-alukan kedatangan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, untuk lawatan rasmi ke MIMOS Berhad hari ini.
Lawatan rasmi ini bertujuan untuk Perdana Menteri melihat secara langsung potensi luas MIMOS sebagai Pusat Penyelidikan dan Pembangunan Gunaan (R&D) Negara di bawah MOSTI dalam membantu wawasan kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara berteknologi tinggidan berdaya saing di peringkat global dan merealisasikan MALAYSIA MADANI.
YB Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), mengetuai lawatan tersebut dengan jayanya, yang turut dihadiri oleh YB Datuk Seri Saifuddin Nasution Bin Ismail, Menteri Dalam Negeri, YB Dr Zaliha Binti Mustafa, Menteri Kesihatan, YB Ahmad Fahmi Bin Mohamed Fadzil, Menteri Komunikasi dan Digital, YBhg. Datuk Johan Mahmood Merican, Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Kementerian Kewangan, dan YM Tengku Datuk Dr Mohd Azzman Shariffadeen, pengasas MIMOS dan Presiden Akademi Sains Malaysia (ASM), yang juga berkhidmat sebagai Penasihat Sains, Teknologi dan Inovasi Negara.
Semasa berucap kepada Pengurusan dan kakitangan MIMOS, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim menekankan hubungannya yang telah lama terjalin dengan MIMOS dimana beliau pernah mempengerusikan mesyuarat Majlis Teknologi Maklumat Negara (NITC) pada sekitar tahun 90-an sebagai Timbalan Pengerusi NITC yang mana MIMOS adalah sekretariatnya. Beliau menekankan bahawa penyelidikan dan kerjasama MIMOS sejajar dengan matlamat yang digariskan dalam rangka kerja ekonomi ‘MALAYSIA MADANI’, Ekonomi Digital, Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, dan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR).
YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan keyakinan terhadap tumpuan MIMOS terhadap Semikonduktor, Elektronik Termaju & Sistem Terbenam, dan teknologi ICT Strategik lain terutamanya yang berkaitan dengan Negara Pintar dengan memastikan keselamatan dan kedaulatan teknologi negara yang akan mempercepatkan kemajuan industri teknologi Malaysia. Beliau juga memuji kemudahan canggih MIMOS untuk menyokong pemain industri, dan penyelidik serta memupuk bakat masa depan dalam teknologi.
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga mengumumkan pelantikan MIMOS Berhad sebagai Agensi Pelaksana program Digital ID Negara dengan peruntukan awal yang dianggarkan sebanyak RM80 juta.
MOSTI, sebagai Kementerian penyelia untuk MIMOS Berhad, telah mengamanahkannya dengan beberapa mandat utama. Ini termasuk melaksanakan Pelan Hala Tuju E&E: Pembangunan Teknologi 2021-2030 untuk meningkatkan nilai industri E&E tempatan, menerajui Pelan Hala Tuju Rantaian Blok Nasional untuk memperkukuh peranan Malaysia dalam teknologi Blockchain, dan memacu Pelan Pembangunan Kepintaran Buatan (AI) Negara untuk pertumbuhan strategik dan daya saing. YB Chang Lih Kang berkata, “Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada MIMOS atas dedikasi dan usaha berterusan anda dalam menyokong MOSTI untuk mencipta platform untuk membentuk masa depan landskap teknologi Malaysia.
Beberapa penyelesaian teknologi yang sedang dibangunkan oleh MIMOS termasuk Analisis Sentimen, Blockchain, Semikonduktor dan Tenaga Boleh Diperbaharui (Renewable Energy). MIMOS juga menyediakan Nasihat dan Advokasi Teknologi. Saya percaya MIMOS boleh memainkan peranan yang lebih besar sebagai pemangkin kepada industri Teknologi Malaysia melalui kejayaan penyampaian semua mandatnya.”
1. Prime Minister’s Office (PMO), RM80 Million for MIMOS to Expedite Digital ID Programme – PM Anwar
2. Astro Awani, [LANGSUNG] Lawatan rasmi Perdana Menteri ke MIMOS Berhad
3. The Star, MIMOS to speed National Digital Identity project, says Anwar
4. Malay Mail, PM Anwar names MIMOS as implementation agency for National Digital Identity project, says to get RM80m next week
5. Sinar Harian, Kerajaan salur RM80 juta kepada MIMOS, awalkan program digital ID – PM
6. Malaysia Gazette, Peruntukan RM80 juta laksana ID Digital Nasional segera – PM
7. Berita RTM, MIMOS Berhad dipilih sebagai agensi pelaksana program digital ID, peruntukan RM80 juta disalur
8. Business Today, MIMOS handed RM80 Million for Dogotal ID Program
9. Utusan Malaysia, RM80 juta bangunkan ID Digital – PM
10. The Sun, Anwar: Kerajaan salur RM80 juta kepada MIMOS, awalkan program Digital ID
11. i3 investor, MIMOS to speed up National Digital Identity project, says Anwar
12. Selangor Kini, MIMOS获8000万初始拨款 加速落实数码身分证计划
13. Kwongwah, Mimos获8000万拨款-安华:加速落实数码身份证/
14. Kosmo, Kerajaan lulus segera RM80 juta bangunkan Digital ID
15. The Star, Mimos to speed up National Digital Identity project, says Anwar [YouTube video]
16. Bernama, RM80 Million for MIMOS to Expedite Digital ID Programme – PM Anwar
17. Berita Harian, Kerajaan salur peruntukan RM80 juta, segera laksana ID Digital Nasional – Anwar
18. Yahoo, PM Anwar names Mimos as implementation agency for National Digital Identity project, says to get RM80m next week
19. iMoney, MIMOS To Receive RM80 Million To Expedite Digital ID Programme
20. The Association of Development Finance Institutions of Malaysia (ADFIM), RM80 mil for MIMOS to expedite Digital ID programme, says PM – The Edge Malaysia
21. New Straits Times, RM80mil boost for MyDigital ID to accelerate Malaysia’s digital transformation
22. News Beezer, Prime Minister Anwar appoints MIMOS as the implementing agency for the National Digital Identity project and aims to receive RM80 million next week
23. Biometric Update, Malaysia’s national R&D center will implement digital ID; registrations start next week