Skip to main content

Kepakaran Tarik Pelabur Luar

Kepakaran Malaysia dalam beberapa bidang perniagaan berdaya maju terus menjadi perhatian negara luar, apabila empat lagi memorandum persefahaman (MoU) dan memorandum perjanjian (MoA) dimeterai antara syarikat tempatan dengan agensi dari Kazakhstan sempena kunjungan Presidennya, Nursultan Nazarbayev ke negara ini.

MoU dan MoA yang dimeterai semalam, membabitkan pertukaran kepakaran dalam bidang teknologi dan kejuruteraan.

Penyedia perkhidmatan kerajaan elektronik negara, MY EG Services Bhd (MYEG), memeterai MoU bersama Agensi Negara Pembangunan Teknologi (NATD) Kazakhstan untuk menjalin kerjasama dalam bidang saintifik, inovatif dan kegiatan akademik di negara Asia Tengah itu serta di peringkat antarabangsa.

Read more…

Leave a Reply