Source : Berita Harian
MIMOS Berhad memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Oracle Corporation Sdn Bhd, bagi membangun dan melaksanakan projek perintis grid pengesan untuk sektor pertanian di negara ini.
Presiden dan Ketua Eksekutif Mimos, Datuk Abdul Wahab Abdullah, berkata grid pengesan untuk sektor pertanian mempunyai potensi besar kerana ia dapat melaksanakan proses pengumpulan data, penyelidikan dalam hakisan tanah, alam sekitar, pemantauan dan pelbagai aktiviti lain.