Source: Utusan Malaysia
Pembekal peralatan teknologi maklumat, VADS Bhd (VADS) akan melancarkan sistem jaringan komputer Cloud pertama negara pada Ogos depan.
Cloud computering merupakan sistem komputer yang membolehkan pengguna mengakses kepada pelbagai sumber pelayan secara bersepadu melalui pelbagai rangkaian media digital pada satu-satu masa.
VADS yang merupakan anak syarikat Telekom Malaysia Bhd TM telah bekerjasama dengan MIMOS bagi membangunkan sistem berkenaan yang bercirikan sumber terbuka.