Source: Utusan Malaysia
AgriBazaar adalah hasil usahasama di antara MIMOS Berhad dan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Ia menyediakan infrastruktur berasaskan Internet untuk pengeluar dan pembekal mempromosi dan mendagangkan semua bentuk produk hasil pertanian mereka sama ada primer mahupun asas tani.
Portal ini menyediakan infrastruktur Internet dan landasan untuk pembeli dan penjual berkumpul dan melakukan transaksi perniagaan mereka dengan pantas secara online.
Dengan menggunakan AgriBazaar, penjual dan pembeli akan dihubungkan secara langsung tanpa melibatkan orang tengah sekali gus membantu menghapuskan kos yang biasa dikenakan orang tengah.