Source : Berita Harian
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) akan memastikan sasaran muncul sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang keselamatan maklumat dicapai menerusi kerjasama terbaru dimeterai dengan MIMOS Berhad (Mimos).
Dalam memorandum perjanjian (MoA) yang ditandatangani baru-baru ini, kedua-dua pihak akan menumpukan usaha dan perancangan terbaik bagi merealisasikan penawaran program dalam bidang berkaitan.