Source : Utusan Malaysia
Location : Kuala Lumpur
MIMOS Berhad merancang melaksanakan pemindahan aplikasi 50 buah platform teknologi WiWi kepada syarikat pengendali WiMAX, tidak lama lagi.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Abdul Wahab Abdullah berkata, teknologi tempatan itu adalah penyelesaian hibrid WiFi dan WiMAX pertama di dunia, dijangka mempercepatkan sasaran penembusan jalur lebar.