(Berita Harian) – MIMOS Bhd dan Institut Teknologi Antarabangsa Malaysia-Jepun (MJIIT) akan mewujudkan makmal penyelidikan bersama untuk bahan lanjutan dan peranti sensor.
Kedua-dua pihak akan mewujudkan makmal itu di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan mengambil lebih ramai pelajar Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran (PhD) menjalankan projek berkaitan dengan bidang teras MIMOS.