MELAKA (Kosmo) – Lebih 100 produk berasaskan teknologi sensor dalam pelbagai bidang termasuk bioperubatan, pertanian dan alam sekitar dibangunkan oleh penyelidik tempatan sejak lima tahun lepas.
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr. Abu Bakar Mohamad Diah berkata, penghasilan teknologi sensor itu menunjukkan perkembangan positif dan kesedaran penyelidikan dalam bidang itu di negara ini.