Serdang (Harian Metro): Syarikat teknologi tempatan yang memperoleh manfaat pemindahan teknologi daripada pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) negara, MIMOS Berhad (MIMOS) dijangka mampu menjana pendapatan sehingga RM100 juta tahun ini melalui kontrak perniagaan yang dimenangi syarikat masing-masing.
Naib Presiden Bahagian Pengkomersialan MIMOS, Faisal Ahmad, berkata agensinya memindahkan teknologi tempatan kepada syarikat yang layak sebelum terbabit menyepadukannya dengan inovasi masing-masing bagi tujuan pengkomersialan.