PUTRAJAYA (Kosmo) – Kerajaan bercadang untuk mengeksport durian segar ke China selepas mendapati penghantaran durian sejuk beku ke negara berkenaan memerlukan penjagaan rumit yang amat sensitif dengan tindak balas suhu.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihaknya akan ke China awal April ini untuk berunding dengan Jabatan Pentadbiran Am Penyeliaan Kualiti, Pemeriksaan dan Kuarantin China (AQSIQ).